Jom study…..:-)
Akhirnya saya diberikan masa untuk menulis sedikit perkongsian bagaimana nak memdalami ilmu agama di bumi orang Arab…contohnya di Mesir (Egypt).
Ok, di sini terdapat pelbagai jenis universiti dan sekolah ataupun peringkat-peringkat jurusan yang pelbagai. Contohnya peringkat sijil, diploma, ijazah 1 dan 2, Master dan Phd (pembelajaran yang formal ).
Terdapat juga pembelajaran yang tidak formal, contohnya belajar dengan tok guru yang mempunyai ilmu yang luas di dalam pelbagai kemahiran, al-quran, bahasa arab dll.
Saya akan cuba bantu mereka yang ingin memdalami ilmu agama secara formal melalui pengalaman yang saya ada, boleh?
Situasi pertama: Lepasan SPM di sekolah agama
Anda boleh terus sambung ke mana-mana sekolah yang menyediakan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM), contoh dan cadangan saya Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh, Perak (swasta) atau setiap sekolah negeri masing-masing.
Atau
Cuba hubungi Jabatan Agama negeri masing-masing untuk mengetahui program terbaru Malaysia-Azhar, Matrikulasi Al-Azhar.
Situasi kedua: Berlatar belakangkan bukan sekolah agama
Yang ni banyak caranya:
1. Anda boleh terus ke mana-mana negara arab untuk mendalami terus bahasa arab di sana.
Contoh: Saya ke Mesir tanpa ada asas bahasa arab, kemudian memasuki Pusat Bahasa Arab Nil, Kaherah, Mesir (sebelum tu ada isi borang pendafataran ke sekolah menengah Al-Azhar). Setelah setahun belajar di sini saya pulang ke Malaysia untuk mengambil STAM 07 di Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh, Perak( syarat ada SPM sahaja, SPM saya mengambil kos Lukisan Kejuruteraan).
Setelah lulus STAM, saya kembali ke Mesir bagi menyambung di dalam pengajian Syariah Islamiyah di Universiti Al-Azhar cawangan Dumyat. Sekarang dah nak habis tahun pertama.( tengah exam, doakan lulus dan naik tahun kedua).
2. Anda boleh belajar di mana-mana sekolah swasta atau di mana sekolah berstatus ‘pondok’ di negeri pantai Timur. Kemudian dah rasa ok, boleh la ambik STAM.
3. Terus datang ke negara arab dan terus belajar dari sekolah rendah atau menengah (sebelum masuk, ada exam bagi menentukan kita diperingkat mana).
Rasa itu sahaja yang saya ‘teringat’ waktu sekarang.
Kesimpulan:
1. Kepada sesiapa yang berminat nak sambung di Universiti Al-Azhar wajib ada STAM (syarat buat masa ini)
2. Kepada sesiapa yang berminat nak sambung di Universiti Al-Azhar boleh terus datang ke sini untuk mengambil ujian sebelum menentukan peringkat sekolah ( oral test, Al-quran dll ).
3. Kepada sesiapa yang berminat nak sambung di Universiti Al-Azhar yang SPMnya mempunyai kos agama Islam, bolehla hubungi Jabatan Agama negeri masing-masing bagi bertanyakan tentang program Matrikulasi Al-Azhar.
Kalau ada apa-apa maklumat tambahan, insya Allah nanti saya tulis.
Wassalam
*peringatan: Maklumat ini adalah amanah, jangan di salah guna bagi melakukan perbuatan yang tidak baik, contoh, datang study di negara arab sebab ‘boy friends’ study kat situ. Ingat! Ini AMANAH!!!!
7hb Jun 2009
3.30pagi waktu Mesir-(8.30pagi Malaysia)

salam..
saya ni usia dah 31 tahun..tetapi timbul hati satu azam nak masterkan diri dalam bidang agama. jadi nak tanya adik, apa patut abg buat? adakah masih berpeluang untuk melanjutkan diri ke al zahar. background bukan lulusan agama.
assalamualaikum..
saudara saya ingin bertanya dengan lebih lanjut. harap kiranya saudara boleh tolong saya. saya sekarang belajar di kolej poly tech, dan saya teringin sangat nak mendalami ilmu agama ini. saya tidak punya lansung basic bahasa arab kerana saya bukan dari sekolah agama saya belajar di sekolah teknik.bagaimana caranya saya hendak bermula? sungguh saya teringin nak belajar di mesir di universiti al azhar. boleh kiranya saudara bantu saya.
Wslm,
Saya memohon agar saudari dapat meneliti kembali maklumat yang ana tulis di atas. Berdasar pengalaman saya, terdapat 3 cara untuk menyambung pelajaran di uni al-azhar.
1.STAM-wajib
2.Melalui sekolah-sekolah khas bagi pelajar bukan arab di Mesir-sekolah rendah,sekolah menengah
3.Matrikulasi Azhar-program baru antara azhar dan Malaysia-menggunakan STAM juga,tajaan Amanah Raya Malaysia
Sekian,terima kasih.
salam..
al-azhar terima x pelajar yg memegang diploma dalam bidang agama x??
contohnya mcm diploma dari KUIS..
Wslm..
Mengikut pengetahuan saya, Al-Azhar buat masa ini tidak menerima mana-mana diploma bahagian kuliah universiti kecuali
diploma qiro’at lelaki dan perempuan. Allahu’alam
salam..dlu sy b’skolah d maahad pontian dr form 1-3…sy amek PMR&SMRA thn 2002…pas 2,sy tukar ke skolah teknik…mslhnye skang,sy mnyesal tak abeskn skolah maahad 2..sy nk amek SMA & exam sterusnye sbb sy nk sgt bljr d al-azhar/jordan.. skang umo sy da 22..sy kne msuk skolah smule ke?masa SPM pn,sy amek aliran teknikal..takde subjek agama slain p’didikan islam.mcm mane ni?ape yg ptut sy buat untuk smbung pljrn sy dlm aliran arab 2?sy jg,da ade diploma in banking dr uitm..tlg beri pandangan agar sy belh truskn cita2 sy ke al-azhar/jordan…sy cemburu tgk kwn2 dr maahad dpt ke sane..wassalam..