Kisah pemuda yahudi memeluk Islam!!

•June 23, 2009 • Leave a Comment


“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.

Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”

Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ‘10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini.

Ok, agama selanjutnya adalah Islam….

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami. Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.

Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..

Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia. Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan? Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.

Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..

Allahu Akbar…….

Michael David Shapiro

Sumber http://harumankasturi88.blogspot.com/

# copy paste dari rakan yang baru memeluk Islam lama sekitar setahun setengah yang lepas…sebelum ini beliau beragama Hindu…Thanks….

Jom study…..:-)

•June 7, 2009 • 6 Comments

Akhirnya saya diberikan masa untuk menulis sedikit perkongsian bagaimana nak memdalami ilmu agama di bumi orang Arab…contohnya di Mesir (Egypt).

Ok, di sini terdapat pelbagai jenis universiti dan sekolah ataupun peringkat-peringkat jurusan yang pelbagai. Contohnya peringkat sijil, diploma, ijazah 1 dan 2, Master dan Phd (pembelajaran yang  formal ).

Terdapat juga pembelajaran yang tidak formal, contohnya belajar dengan tok guru yang mempunyai ilmu yang luas di dalam pelbagai kemahiran, al-quran, bahasa arab dll.

Saya akan cuba bantu mereka yang ingin memdalami ilmu agama secara formal melalui pengalaman yang saya ada, boleh?

Situasi pertama:  Lepasan SPM di sekolah agama

Anda boleh terus sambung ke mana-mana sekolah yang menyediakan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM), contoh dan cadangan saya Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh, Perak (swasta) atau setiap sekolah negeri masing-masing.

Atau

Cuba hubungi Jabatan Agama negeri masing-masing untuk mengetahui program terbaru Malaysia-Azhar, Matrikulasi Al-Azhar.

Situasi kedua: Berlatar belakangkan bukan sekolah agama

Yang ni banyak caranya:

1. Anda boleh terus ke mana-mana negara arab untuk mendalami terus bahasa arab di sana.

Contoh: Saya ke Mesir tanpa ada asas bahasa arab, kemudian memasuki Pusat Bahasa Arab Nil, Kaherah, Mesir (sebelum tu ada isi borang pendafataran ke sekolah menengah Al-Azhar). Setelah setahun belajar di sini saya pulang ke Malaysia untuk mengambil STAM 07 di Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh, Perak( syarat ada  SPM sahaja, SPM saya mengambil kos Lukisan Kejuruteraan).

Setelah lulus STAM, saya kembali ke Mesir bagi menyambung di dalam pengajian Syariah Islamiyah di Universiti Al-Azhar cawangan Dumyat. Sekarang dah nak habis tahun pertama.( tengah exam, doakan lulus dan naik tahun kedua).

2. Anda boleh belajar di mana-mana sekolah swasta atau di mana sekolah berstatus ‘pondok’ di negeri pantai Timur. Kemudian dah rasa ok, boleh la ambik STAM.

3. Terus datang ke negara arab dan terus belajar dari sekolah rendah atau menengah (sebelum masuk, ada exam bagi menentukan kita diperingkat mana).

Rasa itu sahaja yang saya ‘teringat’ waktu sekarang.

Kesimpulan:

1. Kepada sesiapa yang berminat nak sambung di Universiti Al-Azhar wajib ada STAM (syarat buat masa ini)

2. Kepada sesiapa yang berminat nak sambung di Universiti Al-Azhar boleh terus datang ke sini untuk mengambil ujian sebelum menentukan peringkat sekolah ( oral test, Al-quran dll ).

3. Kepada sesiapa yang berminat nak sambung di Universiti Al-Azhar yang SPMnya mempunyai kos agama Islam, bolehla hubungi Jabatan Agama negeri masing-masing bagi bertanyakan tentang program Matrikulasi Al-Azhar.

Kalau ada apa-apa maklumat tambahan, insya Allah nanti saya tulis.

Wassalam

*peringatan: Maklumat ini adalah amanah, jangan di salah guna bagi melakukan perbuatan yang tidak baik, contoh, datang study di negara arab sebab ‘boy friends’ study kat situ. Ingat! Ini AMANAH!!!!

7hb Jun 2009

3.30pagi waktu Mesir-(8.30pagi Malaysia)

Nanti ye….

•June 6, 2009 • Leave a Comment

Assalamu’alaikum..

Kepada yang pernah bertanya kepada saya bagaimana cara untuk belajar ke  Mesir..Nanti saya tuliskan..

Nanti ye….

•June 4, 2009 • Leave a Comment

Assalamu’alaikum..

Akhirnya berjaya juga saya tulis sedikit perkongsian..

Maaf bebanyak..sekarang sibuk fasa ujian..

Alhamdulillah…tinggal 2 subjek je lagi…

Mohon doa rakan-rakan dan yang lain-lain…

Mula ujian 8hb Mei 2009

Berakhir hujung bulan Jun 2009

Doakan yang terbaik untuk saya..

Terima kasih..

Wassalam…

Inilah Hadiah Yang Susah Untuk Ku Lupakan!!!(Episod 2)

•March 21, 2009 • 1 Comment

Inilah sebuah kisah yang sering terjadi kepada masyarakat kita terutama orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia. Pengalaman ini pernah saya rasai dan alami sepanjang kehidupan saya. Tetapi bukan situasi yang sama.. Saya mempunyai rakan seperti Meon yang mana sanggup berkorban, berkasih-sayang antara satu sama lain kerana Allah, tidak reti jemu melayan karenah saya dan pelbagai lagi.

Teringat satu detik pengalaman saya, ketika mana kali pertama saya datang ke negeri Mesir untuk mendalami ilmu dakwah dan juga ilmu bahasa arab. Saya membuat perancangan ke Mesir pada 25hb Disember 2005 dan bertolak ke sana pada 21hb Januari 2006. Perancangannya tidak mencecah sebulan. Alhadulillah, berkat usaha dan kerjasama dari ahli keluarga, rakan-rakan, dan para ustaz banyak membantu saya dalam urusan ke Mesir. Saya bertolak ke Mesir bersama seorang ustaz yang bernama Muhammad Fauzi Asmuni (baru sahaja kenal). Bermulanya perbincangan dari kedai makan, akhirnya saya sampai juga di sana.

Tiba di lapangan utama Mesir, Kaherah, saya di sambut dua orang kenalan baru pula, Ustaz Saufi dan Ustaz Jauhar. Masa itu memang tak kenal langsung. Tiba di rumah yang telah disediakan oleh rakan-rakan baru, saya disambut seorang rakan baru yang juga saya belum dikenali. Mukanya seperti ‘bayi comel’. Mungkin awet muda muka. Itulah orang yang pertama saya berkenalan di negeri Mesir ini. Beliau adalah saudara Umair. Bermulalah pengalaman saya bersama beliau,ahli rumah dan sekumpulan kenalan yang saya baru kenali. Dari kisah pernah memasak ayam hingga rentung ke majlis ulang tahun berjamukan roti dan kuah kacang kosong serta pelbagai lagi, mengingatkanku keseronokkan bersama mereka sehinggalah ke saat ini.

Walaupun mereka tak pernah menghadiahkan barangan yang begitu mahal, tetapi mereka telah menghadiahkan hadiah yang tak akan saya lupakan…itulah kasih sayang dan nilai persahabatan yang tak ternilai. Hanya Allah yang mampu mengetahui isi hati saya. Ini kerana saya tak mampu untuk meluahkan segala isi hati saya di dalam tulisan ini…………..

Oh Tuhanku, sesungguhnya hanya Engkaulah yang Maha Melihat, Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui segala apa yang ada di sekelilingMu dan seisi bumi ini. Maka redha dan rahmatilah kasih sayang serta hubungan persaudaraan yang kami telah jalinkan selama ini…..

Kepadamu teman ku persembahankan,

Ucapan terima kasih kerana sudi menerimaku,

Di sudut hati semoga kekal abadi,

Selamanya kau dihatiku terpahat padu segala luka dan duka

Harapan agar subur kembali kenangan itu seiring bersama cita-citaku.

Terima kasih teman-teman yang pernah ku kenali. Sesungguhnya mereka sebahagian daripada sejarah hidupku. Inilah hadiah yang susah untuk ku lupakan.

*Tulisan ini berbentuk peribadi. Mohon maaf kepada rakan-rakan yang saya tak sebut dalam blog ini TETAPI… Thanks for my friends from:

1) Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu (1994-1995)

2) Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang (1996-1999)

3) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Musa Al-Haj (2000-2004)

4) Sekolah Teknik Tuanku Jaafar (2,4/2003)

5) Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia, Melaka (7,12/2005)

6) Language Centre of Nil, Egypt (3/2006-1/2007)

7) Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh (2,10/2007)

8)Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiyah (1,3/2008)

9) Language Centre of Iqra’, Egypt(9,10/2008) 10) All university Al-Azhar in Egypt….

11) And all my friends and people in my heart.

Inilah Hadiah Yang Susah Untuk ku Lupakan!! ( Episod 1 )

•March 2, 2009 • Leave a Comment

Kisah ini berlaku di sebuah pusat membeli-belah….

Pada suatu petang, Meon membawa teman wanitanya(Bedah) bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota…mana taknya..hari tersebut adalah hari ulang tahun Bedah yang ke-40…

Bedah: Abang…Abang..kita singgah kedai cincin emas ni kejap.

Meon: Baiklah sayang..

Bedah: Sayang abang..

Maka teringin dihati Bedah untuk meminta salah satu cincin yang terdapat di dalam kedai cincin emas daripada Meon sebagai hadiah ulang tahunnya..

Meon: Sayang nak mana? Ambik je…Abang bayar..

Bedah: Ayang nak tu..eh..eh..nak yang ni la…hehehe nak yang ni la ye…boleh?

Meon: Boleh je..Berapa ringgit?

Bedah: Murah je..RM 5,000.00.Boleh tak?

Meon: Boleh je…sayang punya pasal..abang sanggup buat apa saja..tapi Bedah pun kene macam tu

gak…(untuk makluman Meon bekerja sebagai penjual kuih-muih di sebuah kampung yang

terpencil)

Bedah: Emmmmm…sayang abang….

Maka, tanpa berfikir panjang dan demi kasih sayang Meon terhadap Bedah…beliau pun membayar dengan sepenuh jiwa dan raganya….

Gembiralah hati Bedah kerana dapat cincin tersebut sebagai hadiah ulang tahunnya yang ke-40 dari kekasihnya, Meon dan Meon pun gembira..kerana dapat menghadiahkan hadiah yang disukai oleh Bedah…

Begitulah kisahnya…..

Nantikan episod yang akan datang…

To be continue…

Asma Allah

•February 16, 2009 • Leave a Comment

Vodpod videos no longer available.

more about "Asma Allah", posted with vodpod

Tahniah????(Episod 2)

•February 14, 2009 • Leave a Comment

Assalamu’alaikum…salam sejahtera….
Akhirnya setelah kian lama bertapa..saya dapat menggerakkan jari-jari ini untuk menulis lagi artikel-artikel yang berguna pada diri saya dan rakan-rakan yang lain…
Sepi membisu bukanlah tanda berdiam,
Tapi membisu mencari ilham…
Baiklah kita sambung episod seterusnya…hehehe
Kisah Lee Chong Weikan?
Daripada kisah beliau jelaslah sebagai seorang manusia nak tak nak kita kene ucapkan sesuatu perkataan yang terbaik atau berterima kasih pada seseorang yang selayaknya menerima ucapan tersebut di atas sesuatu kerjayaan..
Betul tak?
Tapi sape ye?
Sape yang bagi kita kerjayaan tersebut ye?
Kalau kita tak tau sape yang bagi atau bantu kerjayaan tersebut..macamana kita nak ucapkan terima kasih padanya?
Pening-pening…

Marilah kita fikir-fikirkan…

Tahniah???? (Episod 1)

•September 13, 2008 • 3 Comments

Alhamdulillah….(segala pujian bagi Allah)…

Akhirnya saya diberi masa dan peluang menulis sedikit perkongsian di dalam blog ini lagi. Hampir 4 bulan rasanya saya tak menulis artikel di dalam blog ini. Maaflah bebanyak. Ketika menulis artikel ini, saya baru je 10 hari sampai di luar negara bagi menyambung pengajian saya diperingat ijazah pertama. Berliku juga perjalanan saya untuk ke sini. Bukan senang….banyak kerja perlu diselesaikan sebelum bertolak( tapi itu semuanya alasan untuk tidak menulis artikel..hehehehehe)

Ohye, kat mana kita nak mula cerita kita??

Baik saya ceritakan satu kisah yang mana semua warganegara Malaysia amnya ingat. Tentu seluruh warganegara kita gembira dengan kemenangan Lee Chong Wei memenangi pingat perak dalam acara badminton di sukan Olimpik bagi kategori individu lelaki yang berlangsung di China.

Dah lama kontinjen Malaysia ’kemaruk’ pingat setelah 12tahun lamanya berlalu. Akhirnya sekurang-kurangnya pingat perak dapat dibawa pulang ke tanah air jua. Beliau disambut bagaikan perwira tanah air dengan alunan kompang oleh pak cik-pak cik yang telah ditugaskan di KLIA. Tahniah kepada Lee Chong Wei, Datuk Haji Misbun Sidek dan pak cik-pak cik yang menyambut perwira kita yang baru pulang dari medan pertempuran.

TAPI…………….kat sini saya bukannya nak cerita tentang bagaimana hebatnya smash Chong Wei atau begitu mantapnya paluan kompang yang dihempuk oleh pak cik-pak cik yang menyambut Chong wei dan Datuk Haji Misbun…..

Apa yang saya nak cungkilkan satu gelagat yang wira Malaysia ni buat ketika di gelangang perlawanan tersebut….

Ingat tak ketika mana beliau me’smash’ bulu tangkis sehingga tidak dapat diambil oleh pihak lawan atau setelah memenangi satu perlawanan demi perlawanan?

Apa yang dia buat ye?

Dari mata kaca saya ada beberapa aksi yang dia telah buat:

1)Mengangkat tangan ( seperti berdoa)

2)Menjerit kegembiraan sambil mengenggam tangan seeratnya

3)Memeluk jurulatih beliau

4)Melambai-lambai tangan menandakan terima kasih pada para hadirin terutama

penyokong Malaysia di atas sokongan mereka.

Beijing Olympics Badminton Mens Singles

Adengan yang saya tertarik adalah yang pertama: Mengangkat tangan ( seperti berdoa )

Ketika saya menaiki bas untuk pulang ke kampung dan secara kebetulan saya terserempak dengan kawan lama (berbangsa Cina), satu sekolah menengah tapi lain tingkatan(dia senior)..lalu saya ajak beliau duduk kat sebelah saya..

Lama tak jumpa dengan beliau…Senior saya ni baik juga dengan saya masa sekolah dulu…mana taknya kami adalah satu pasukan bola baling mewakili sekolah ke perigkat daerah dan juga beliau adalah saingan hebat saya masa acara merentas desa(tapi saya menang juga 3x masa sekolah menengah dulu…heheheheheh)

Dah lama tak jumpa, saya pun borak panjang dengan beliau…Belajar kat mana, macam mana pelajaran dan lain-lain..

Masa dah nak turun saya ada tanya pada beliau, apa yang Lee Chong Wei ucapkan ketika beliau meraikan sesuatu kerjayaan??

Terpinga-pinga kawan saya jawab..Walaupun dirinya bukan Chong Wei…tapi saya ada juga minta beliau tukar tempat sebagai Chong Wei..

Tapi beliau masih tak mampu nak jawab persoalanan saya….

Kenapa ye?

Kita tunggu episod yang seterusnya,ok?

Tunggu ye!!!!

Sebelion kemaafan!!

•May 19, 2008 • Leave a Comment

Sejuta kemaafan..mungkin blog ini lama tidak dihantar penulisannya kerana saya sekarang sibuk dengan urusan ke luar negara..bagi menyambung pengajian.. Ada masa nanti saya tulis. Insya Allah

Jazakallahukhairan

Wassalam